28 March 2012

Kenapa kita suka mencari cinta?

Kenapa kita suka mencari cinta?
Kerana DIA ingin kita mencari cintaNYA.
ALLAH SWT itu maha Penyayang lagi maha Pengasih, bukan?

Kalau kita suka atau sayang seseorang itu, tentu kita mengharapkan yang dia pun akan sayang kita balik, bukan?
Begitulah DIA meletakkan perasaan itu kepada kita. Dengan harapan kita akan mengasihiNYA sebagai Pencipta kita.

Pernah tak kita sayang seseorang itu lebih dari segalanya tetapi orang tu tak sayang kita sebagaimana yang kita harapkan. Tentu kecewa bukan?
Jadi, bagaimana dengan cinta kita kepadaNYA yang seringkali kita lupa?
ALLAH SWT tetap mengasihi kita meskipun kadang-kadang kita tak ingat pun kat DIA apatah lagi merinduiNYA.

Lihat betapa sayangnya ALLAH SWT kepada hamba-hambaNYA.
Sekadar renungan bersama...

1 comment:

  1. Nice post.

    visit us too :)
    http://blogkakivideo.blogspot.com/
    http://petsareyours.blogspot.com/

    ReplyDelete