14 August 2011

Berbuka Puasa Bersama

Alhamdulillah, tahun ini saya dapat menyambut Ramadhan bersama keluarga di rumah. Maklumlah cuti sem berbulan-bulan. Jadi dapatlah berbuka bersama. Kalau tidak, saya hanya sempat berbuka sekali dua sahaja dan selebihnya saya berbuka di kolej atau kampus. Memandangkan saya dah kat rumah, sempat juga saya berbuka dengan sahabat-sahabat persekolahan dulu. Rasanya ini baru pertama kali berbuka bersama sejak tamat persekolahan. Kenangan yang indah dan tak dapat dilupakan.






p/s: Ironinya bila sudah berbuka dengan keluarga, rindu pula berbuka dengan sahabat-sahabat di kolej dan kampus. T_T

No comments:

Post a Comment