16 March 2011

FB Tutup kul 11?

Ok..so hari nie, aku dapat mesej  melalui chat FB aku...
Sukar untuk mempercayainya...tambah lagi sukar untuk memahami mengapa masih ramai yang percaya dengan mesej-mesej berantai nie?
Mesej itu berbunyi seperti di bawah:
pada 11 malam ini semua akaun facebook akn d'tamatkn ...semua kegiatan yg sdang d'lakukn skrang ,akn menjadi lmbat,betap dan sbgainya...untuk mnyimpan akaun facebook ,sila forward mesej ini ke 25 pengguna facebook krna untuk memstikan bhw anda adalah pngguna aktif facebook ....jika x smpat nk forward ke 25 pengguna facebook...akaun anda akn dtamatkan tnpa keraguan ini...
 Ok.

First of all, kalau ye pon nak tamatkan, kenapa mesti malam nie? kul 11 pula tu? Kenapa tak tamatkan je terus? Anytime pon boleh bukan?

secondly, dah kata SEMUA akaun FB akan ditamatkan...TETAPI kita still boleh simpan akaun FB kita dengan menyebarkan mesej berantai ini kepada 25 orang pengguna? Serius, tak logik...Bukankah kalau begitu, ayatnya patut berbunyi "akaun FB yang tak aktif akan kami tamatkan". Kan senang?

Last sekali, kalau betullah FB akan ditamatkan...wah, masuk berita tergempar kot...Seluruh dunia pasti kecoh punya...or not because masalah dunia lain pun banyak lagi...seperti membantu mangsa-mangsa gempa, tsunami & radioaktif nuklear di Jepun..

Kalau mesej itu benar, dan akaun aku ditamatkan, ok fine... Aku akan ada lebih masa untuk buat kerja-kerja berfaedah seperti study untuk final exam..Haha..Tak adalah aku rungut tak cukup masa nak siapkan assignment dan study..padahal, banyak dah terbuang di FB..=P

Kalau ye pon FB akan ditamatkan, adakah tamat sudah DUNIA kita? Bukankah kita patut takut dengan petunjuk yang Allah swt berikan pada kita (musibah yang menimpa Jepun) sebagai tanda bahawasanya DUNIA kita yang sebenar hampir tiba ke penghujungnya?

2 comments:

  1. Bagus2..=) haha..marilah kita dekatkan diri dengan Maha Pencipta...

    ReplyDelete