10 February 2011

Touching....


Tadi aku pergi kuliah yang paling touchinglah dalam sejarah hidupku (setakat ini)....
input yang diberikan amat terkesan sehingga masuk ke dalam sanubari hatiku..
masih berbekas  lagi ini. -_-"
Perasaanku bercampur baur...
tetapi itulah hakikat yang terpaksa ditelan walaupun pahit..
Aku malu pada bangsa dan agama aku sendiri...
Memang benarlah seperti bait-bait lagu Awaken nyanyian Maher Zain
Tapi verse yang paling sesuai menggambarkan apa yang telah kulalui tadi ialah verse ini:

Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place  
I'm walking with my head lowered from my race  
Yes it's easy to blame everything on the west  
When in fact all focus should be on ourselves 
 Lebih kurang macam itulah mesej yang cuba disampaikan...
Kita seringkali menyalahkan orang lain atas tindakan kita sendiri...

Sebenarnya, ada cerita disebaliknya.
Tapi biarlah itu menjadi rahsia kerajaanku...
Apa-apa pun, bermulanya dari saat ini.
Aku mesti berubah! (penuh semangat)
Aku dah tak boleh nak main-main!
Aku mesti belajar! (serius)
Aku mesti kurangkan facebooking! (boleh ke nie?)

Peluang hanya datang sekali seumur hidup.
Memang kita boleh belajar daripada kesilapan.
Tapi bukan menggadaikan peluang kita dengan membuat kesilapan yang akan memakan diri kita nanti.
Kerana masa tidak boleh diputar kembali.
Dan semestinya, peluang juga tak akan kembali.
bak kata Eminem dalam lagu Love The Way You Lie:
You don't get another chance 
Life is no nintendo game 
 Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki sekarang.
Kerana kita mungkin tak sedar yang kita berpeluang memilikinya.
Bukan sahaja berbentuk kebendaan seperti rumah, wang, kereta dan lain-lain lagi.
Tetapi juga kewujudan kita pada hari ini.
Di dunia ini.
Peluang yang diberi olehNya untuk terus bernafas di atas muka bumi ini.
Serta peluang mendapat ibu bapa yang baik dan sayangkan kita.
Sebelum semuanya terlambat.
Sebelum kesilapan tidak dapat diperbetulkan lagi.
Sebelum kita kehilangan peluang untuk memiliki atau lebih tepat, menikamatinya lagi.

No comments:

Post a Comment