07 February 2011

Mungkinkah?

Tajuk ini memang macam pelik sikit kan...tapi ada cerita disebaliknya.
Pada suatu hari, ada seekor kucing yang comel lagi manja tetapi bersuara pelik datang masuk ke rumah kami. jeng, jeng, jeng...


Eh-eh, macam kenal la, tapi di mana? 
Tak, ni bukan OSHEN tapi ni bapa OSHEN.
Kenapa saya cakap dia bapa OSHEN?
Sebabnya:
muka nak sama kan? hehe...
sejak bapa OSHEN masuk rumah kami, banyak persamaan yang dapat kami perhatikan pada bapanya juga ada pada OSHEN kami dulu. Cara tidur, minta makan, gaya jalan dan macam-macam lagilah. Rindu giler kat OSHEN bila bapa dia ada dalam rumah. Kadang-kadang tu rasa macam seolah-olah roh OSHEN masuk dalam badan bapa dia kot. Haha... 

Tapi kami tak boleh nak bela dia sebab dia dah ada tuan dia sendiri. Cuma pelik kenapa dia jarang balik rumah tuan dia. Asyik makan kat rumah kami je. Kadang-kadang tu sampai 4 kali keluar masuk rumah kami..=P
Tidur pon dalam rumah ataupun kat depan rumah kami. 
Tapi bapa dia ni lagi besar saiznya dan bulunya lebih panjang. Ekor dia gebu tak macam OSHEN yang ekor patah. 

Pada mulanya rasa pelik juga bila dia kerap kunjung rumah kami.
Namun, persoalan kami terjawab la juga bila baca satu artikel dalam suratkhabar menceritakan pengalaman penulis tu membela kucing. Suatu hari tu, penulis tu nampak kucing dia kat rumah jiran sebelahnya. Disebabkan penulis berasa cemburu, jadi dia panggil kucing dia. Kucing tu pulak boleh buat don't know kat penulis tu. Ye lah, dah dapat makan apa lagi. Penulis tu tak puas hati lalu beritahu kat jiran dia yang tu kucing dia. Tup-tup lain pulak ceritanya. Kucing yang disangka dia bela itu, rupa-rupanya kucing jirannya kerana jirannya cakap yang dia dah bela kucing tu sejak kucing tu masih kecil lagi. =P

Moral of the story: Kucing tak setia dan pandai mengambil kesempatan dengan charming look mereka itu dan suara manja mereka.Haha...

BIODATA
Nama: Bapa Oshen
Umur: Tak pasti. Yang pasti mesti lagi tua dari Oshen.

No comments:

Post a Comment