31 December 2010

The End...of 2010..Welcome 2011...

Assalammualaikkum...

Alhamdulillah ke atas Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menulis post ini di penghujung tahun 2010.Haha... Tak boleh blah. Macam nak bagi syarahan. Anyway, memang saya bersyukur kepada Allah swt kerana dengan izinNya dapat saya hidup sehingga ke akhir hayat tahun 2010. Dan sudah semestinya saya mengharap dapat menempuh tahun 2011. Tahun baru.


Ok. So ada apa sangatkan dengan tahun baru? 

Setiap kali tahun lama habis, tahun baru muncul.
Benda ni macam tak ada apa dah. Seriously, dah lama saya tak excited dengan tahun baru. Entah mengapa. Semakin banyak tahun baru, semakin banyak saya sedar bahawa diri kita semakin dewasa. Apabila semakin dewasa, semakin banyak tanggungjawab dan cabaran yang terpaksa kita tempuhi. Dan Kita juga semakin tua dan tak mungkin dapat jadi muda semula. Apabila semakin tua, semakin hampirnya kita dengan ajal. Dan itu banyak menyedarkan saya tentang amal. Apa yang sudah saya lakukan selama ini? Tepuk dada, tanya iman. Sebagai hambaNya yang hina, banyak dosa telah saya lakukan. Meskipun tanpa sedar. Peringatan buat semua dan diri saya sendiri juga.

Lagi satu,time tahun baru inilah ramai yang mula berazam macam-macam. Semangat barulah katakan.
Nak jadi itu dan ini. Nak ubah itu dan ini. Memang lumrah manusia ingin berubah dan perubahan itu sesuatu yang bagus andai kata perubahan itu lebih kearah kebaikan. Tetapi kadang-kadang, azam tinggal azam. Ada yang laksanakan azamnya sampai ke pertengahan tahun. Itu oklah juga. Ni ada juga yang sampai ke penghujung tahun, azam masih tak terlaksana. Akhirnya terpaksa dibawa ke tahun hadapannya. Kerana niatnya ada, tapi laku tidak mahu maka hasilnya tiada. (terkena batang hidung sendiri jugak!haha) Sekali lagi, nasihat buat semua dan diri saya sendiri juga.

Rasanya dah banyak sangat saya membebel..hehe
Oklah, keep it short & sweet.
Saya harap tahun 2011 akan menjadikan saya lebih matang dan berjaya menempuh dugaan serta cabaran dalam menjadi manusia yang berjaya di dunia & akhirat. inshaAllah.

Selamat tahun baru semua..All the best...

AdiĆ³s 2010...
Ola 2011...

Assalammualaikum...

No comments:

Post a Comment